Utamakan pegawai kerajaan terajui GLC - Utusan Malaysia

Utamakan pegawai kerajaan terajui GLC

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SYARIKAT milik kerajaan (GLC) ialah entiti yang mempunyai objektif komersial, di mana kerajaan ada kepentingan mengendalikan keputusan besar seperti pelantikan jawatan pengurusan, pemberian kontrak, strategi, penyusunan semula dan pembia­yaan.

Syarikat tersebut termasuk yang dikendalikan secara langsung oleh kerajaan melalui Khazanah Nasional Berhad, Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia. Pembiayaan kerajaan untuk GLC diperuntukkan melalui syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Bagi mengelak GLC terus dikaitkan dengan budaya rasuah dan kroni yang sudah lama bertapak dalam masyarakat maka pegawai kerajaan yang berwibawa, profesional dan berintegriti patut diberi peluang memegang jawatan pengurusan syarikat berkenaan.

Tadbir urus lebih telus yang tidak terkait dengan mana-mana parti politik harus diketengahkan oleh pengurusan baharu berkenaan.

Pegawai kerajaan terbabit sudah pasti dapat memainkan peranan dalam membangunkan negara menerusi GLC dan akan memberi sokongan kepada kerajaan yang memerintah.

Bagi meningkatkan lagi ketelusan, pegawai kerajaan berkenaan perlu disyaratkan hanya boleh memegang jawatan masing-masing maksimum lima tahun sahaja untuk memberi peluang kepada pegawai kerajaan lain yang mempunyai idea baharu dan berkaliber untuk mengambil alih tugas.

Pegawai kerajaan terbabit juga harus berpegang kepada budaya empati kepada masyarakat dan sanggup turun padang untuk memahami kehendak rakyat.

Ini kerana masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana, penganggur, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas mengharapkan GLC lebih prihatin dengan masalah dihadapi mereka.

PROF. MADYA DR. SHAMSUL ARRIEYA ARIFFIN
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya