Tumpu 6 negeri kurang maju - Utusan Malaysia

Tumpu 6 negeri kurang maju

PEMBANGUNAN Bandar Raya Getah Kedah (KRC) yang tertumpu kepada industri getah akan memberi manfaat kepada pekebun kecil. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PANDEMIK Covid-19 memberi kesan kepada rakyat di luar bandar untuk mendapatkan infrastruktur kesihatan dan internet sempurna.

Ini dapat dilihat di Sabah dan Sarawak di mana sehingga hari ini kekurangan jumlah doktor berbanding Semenanjung. Kekurangan pusat perubatan dan kemudahan berkaitan kesihatan menaikkan kos rawatan.

Pada masa sama, atas sebab kemiskinan dan tiada kesedaran, sekurang-kurangnya 35 peratus pelajar di luar bandar tidak mempunyai kemudahan alat digital dan ramai dalam kalangan mereka tidak mendapat akses internet mencukupi untuk pembelajaran jarak jauh di rumah.

Justeru, bagi mendorong pertumbuhan seimbang antara bandar dan luar bandar, agensi kerajaan negeri harus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi melaksanakan projek-projek meningkatkan infrastruktur terbabit. Selain kesihatan dan internet, tumpuan juga harus diberikan bagi membina jalan raya, utiliti seperti bekalan air bersih dan elektrik serta prasarana tebatan banjir.

Dengan perbelanjaan pembangunan yang disalurkan Kerajaan Persekutuan, enam negeri kurang maju iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dapat menikmati infrastruktur berkualiti tinggi serta menjana lebih banyak aktiviti ekonomi.

Selain itu, agensi kerajaan negeri perlu memperluas aktiviti hiliran bagi merangsang pertumbuhan ekonomi. Sebagai contoh, pembangunan Bandar Raya Getah Kedah (KRC) yang tertumpu pada industri getah akan memberi manfaat kepada pekebun kecil.

AMANDA YEO
Bukit Damansara, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya