Suka memotong punca jalan sesak - Utusan Malaysia

Suka memotong punca jalan sesak

Tindakan pemandu lori memotong sesuka hati menambah lagi kesesakan jalan raya sedia ada.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Sebagai pengguna jalan raya, saya kecewa dengan sikap pengguna yang suka memotong laluan selepas Plaza Tol Grand Saga Batu 9, Cheras.

Laluan dari Kajang ke Kuala Lumpur sememangnya sesak pada setiap pagi terutamanya pada hari bekerja walaupun mempunyai tiga laluan utama.

Namun, sepanjang pemerhatian saya yang sudah membesar di kawasan itu sejak 30 tahun lalu, kesesakan turut disebabkan oleh sikap pengguna yang suka memotong laluan dari sebelah kiri sekali gus menyebabkan aliran trafik menjadi perlahan.

Sekiranya tiada aksi potong memotong itu, saya kira laluan berdekatan Maktab Polis Cheras itu boleh berjalan lancar walaupun banyak kenderaan lain pada waktu puncak.

Situasi itu bukan sahaja mencantas pengguna kenderaan lain yang sudah beratur malah menyusahkan penunggang motosikal yang terpaksa mencelah untuk ke laluan lain sekali gus mengundang risiko keselamatan.

Bagi mengatasi masalah itu, saya mencadangkan pihak polis trafik meletakkan kon sepanjang 200 meter bagi mengelak pengguna mengambil kesempatan memotong di susur keluar Markas Pasukan Gerakan Am.

Ini kerana selain dipenuhi kereta, laluan ke Kuala Lumpur turut dipenuhi lori-lori membawa muatan yang memotong sesuka hati kerana tidak mahu beratur panjang.

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang dilaksanakan sekarang, laluan agak lancar berbanding waktu biasa yang boleh mengundang kesesakan sejauh 10 kilometer bermula dari Plaza Tol Batu 11, Cheras sehingga Taman Mutiara berdekatan Leisure Mall.

ADAM MIKAEL
Pengguna berhemah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya