Sokong langkah tepat kerajaan - Utusan Malaysia

Sokong langkah tepat kerajaan

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KITA patut bersyukur kerana dianugerahkan kerajaan yang bukan sahaja tepat dalam membuat keputusan, malah segala langkah diambil terbukti memberi kesan baik terhadap rakyat.

Kerajaan Malaysia telah berjaya melawan pandemik Covid-19 semasa kita diserang pada gelombang pertama dan kedua tempoh hari.

Kejayaan ini membuatkan kehidupan harian rakyat kembali diurus seperti biasa dengan sedikit pertambahan terhadap amalan norma baharu dan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah berulang kali memuji Kementerian Kesihatan yang memacu jentera melawan Covid-19 dalam bidang kesihatan awam dan penularan penyakit berjangkit.

Bank Dunia turut menyatakan hal sama kepada kerajaan Malaysia yang mampu mengurus kewangan negara supaya tidak muflis, di samping keperluan rakyat terus cukup seperti biasa.

Antara faktor terpenting membantu kepada kejayaan ini adalah kaedah penyampaian bersifat tunggal. Lihat bagaimana berita berkaitan kes-kes jangkitan Covid-19 hanya boleh diumumkan oleh

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah setiap hari. Ini antara inisiatif kerajaan untuk memberi peluang kepada penjawat awam tampil ke hadapan.

Ingatlah, kerajaan tidak pernah lelah untuk memberi yang terbaik kepada rakyat. Kita mesti menang!

DR. MUHAMMAD KELANTANI
Bandar Baru Bangi, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya