Pantau makanan mengandungi bahan terlarang - Utusan Malaysia

Pantau makanan mengandungi bahan terlarang

BAHAN kimia seperti dexamethasone hanya boleh diambil dengan pengawasan doktor. – GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah baru-baru ini mendedahkan sebanyak 21 produk membabitkan 16 jenama telah dianalisis mengandungi racun berjadual serta dilarang penambahannya dalam makanan.

Ia meliputi 849 produk melalui hasil pemantauan sepanjang tahun lepas hingga Ogos lalu.

Menurut beliau, terdapat dalam kalangan peniaga disyaki sengaja memasukkan bahan kimia daripada racun berjadual seperti sildenafil, tadalafil, dexamethasone dan prednisolone.

Justeru, orang ramai diminta lebih berhati-hati dan mengubah gaya membeli dengan memeriksa kandungan bahan sesuatu produk terlebih dahulu.

Langkah itu walaupun kecil namun dapat mengelakkan seseorang daripada diserang penyakit akibat termakan bahan terlarang.

Dalam pada itu, peniaga perlu lebih telus dalam menjalankan perniagaan dengan tidak sewenang-wenangnya mengambil jalan singkat menggunakan produk terlarang. Ini kerana kecuaian mereka akan menyebabkan ramai yang jatuh sakit termasuk kanak-kanak.

PENGGUNA RISAU
Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya