Sesetengah pendekatan yang digunakan untuk memartabat dan melestarikan tulisan Jawi sebagai agenda negara agar tidak pupus seperti berlaku pada beberapa sistem tulisan Melayu lampau, didapati kurang sesuai walaupun bagi mendapat sokongan masyarakat bukan Islam yang kuat menentangnya. Antaranya, pernyataan daripada kaum Melayu sendiri bahawa ia pernah digunakan untuk menghasilkan karya berahi dan sebagai bahasa iklan untuk arak. Sebagai sistem tulisan, sudah tentu Jawi digunakan untuk menyampaikan pelbagai maklumat dalam konteks…










