Elak pengundi letak syarat - Utusan Malaysia

Elak pengundi letak syarat

AHLI-AHLI Parlimen yang bersidang sehingga 15 Disember ini hendaklah bersepakat meluluskan Belanjawan 2021 tanpa syarat. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RIBUAN terima kasih kepada kerajaan kerana memberi kebenaran kepada lebih dua juta pencarum untuk mengeluarkan wang daripada Akuan 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi program i-Sinar.

Pencarum yang layak untuk mendapat manfaat berkenaan ialah ahli yang hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji dan yang tiada sumber pendapatan.

Justeru, sesiapa yang layak membuat pengeluaran haruslah menggunakan wang berkenaan dengan sebaik-baiknya terutama untuk kesinambungan hidup dalam keadaan sukar.

Bagaimanapun, pencarum yang tidak layak terutama yang masih bekerja dan mendapat gaji bulanan jangan terus mengecam kerajaan kerana tidak dapat mengeluarkan wang daripada Akaun 1 ini kerana mereka sepatutnya bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan tetap dan mendapat gaji walaupun mungkin sesetengah elaun dipotong.

Kita sekarang kena mengubah cara hidup untuk berjimat cermat dan tidak berbelanja dengan membeli barangan tidak berfaedah. Ingatlah, kita mungkin tidak dapat membuat pengeluaran KWSP tetapi pasti menerima faedah lain yang telah diberikan pemerintah.

Kerajaan sudah membuat yang terbaik untuk faedah rakyat dan kini tibalah masanya kita bersyukur dan membantu kerajaan untuk meningkatkan kembali ekonomi negara. Jangan menghentam kerajaan terutama dalam media sosial. Utamakan mereka yang lebih memerlukan dan jangan fikir tentang diri sendiri sahaja.

Kepada ahli-ahli Parlimen yang bersidang sehingga 15 Disember ini, bersepakatlah untuk meluluskan Belanjawan 2021 tanpa syarat demi kepentingan rakyat. Ini bagi mengelak pengundi bertindak balas dengan meletakkan syarat pula pada pilihan raya nanti.

HAIRUL
Ampang Jaya, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya