Harta beku ialah harta seseorang yang masih tertahan daripada sebarang transaksi mahupun urusan pengagihan kepada waris selepas kematian pemiliknya sebelum proses pentadbiran sempurna diproses. Harta beku ialah isu yang sedang dihadapi dalam negara kita dan keadaannya dilihat semakin buruk. Pada 2004, nilai harta beku dalam negara dianggarkan RM15 bilion. Malangnya, jumlah harta beku saban tahun meningkat sehinggalah pada Januari lalu, media menyatakan angkanya mencecah RM70 bilion! Keadaan ini merumuskan sejak…










