Potensi besar hartanah di Puncak Alam - Utusan Malaysia

Potensi besar hartanah di Puncak Alam

PUNCAK Alam sekarang sedang rancak membangun untuk menjadi satu kawasan bandar eksklusif. – MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

JIKA disebut Kuala Selangor, kita mungkin membayangkannya sebagai kawasan luar bandar yang sering dikunjungi kerana makanan laut segar. Di situ terdapat Ijok di mana terletaknya bandar Puncak Alam.

Hari demi hari, pembangunan demi pembangunan dilaksanakan sehingga terbinanya Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor di situ pada 2015.

Bandar Puncak Alam sejak itu mengalami fasa pembangunan pesat ditambah kewujudan Hospital Perubatan UiTM Selangor yang memberi kemudahan perubatan kepada penduduk sekitar yang selama ini terpaksa ke Hospital Sungai Buloh.

Terdapat banyak sebab potensi besar melabur hartanah di bandar Puncak Alam, termasuk ia berada di tengah-tengah jaringan beberapa lebuh raya. Antaranya Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (Latar), Lebuh Raya Koridor Guthrie dan yang bakal dibuka, Lebuh Raya Shah Alam-Damansara (Dash).

Selain itu, terdapat beberapa jalan raya yang sedang dibina dan telah dinaik taraf. Begitu juga sistem perparitan yang lebih baik dengan kemudahan lampu jalan lengkap.
Jelas, Puncak Alam sekarang sedang rancak membangun untuk menjadi satu kawasan bandar eksklusif yang terdapat di dalamnya perumahan terancang yang cantik, teratur serta mampu memberi nilai tambah pelaburan untuk masa hadapan.

Kepada sesiapa yang ingin memiliki kediaman selesa dan cantik, kini sudah tiba masanya untuk mencari hartanah di bandar Puncak Alam kerana harganya yang masih mampu milik.

DR. NOORITA MOHAMMAD
Pensyarah pemasaran UiTM Cawangan Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.