Mukadimah TIDAK mudah terpengaruh dengan mainan politik semasa menjadikan wanita ini dilihat sebagai aset kepada Gerakan. Timbalan Setiausaha Agung Nasional Gerakan, WENDY SUBRAMANIAM berdiri teguh dengan perjuangan parti. Sedikit pun tidak berganjak walaupun penubuhan parti baharu Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menjadi salah satu pesaing terdekat. Ibu kepada dua anak berusia 39 tahun ini sebaliknya percaya, golongan muda khususnya belia Cina masih teguh dengan parti tradisional yang mewakili pemikiran demokrat serta…










