SEBUT sahaja Selangor, teringat gangguan bekalan air melibatkan kira-kira dua juta pemegang akaun di sekitar Lembah Klang, baru-baru ini. Itu bukan pertama kali berlaku. Sejak Jun 2019 sehingga September lalu, sebanyak sembilan insiden pencemaran direkodkan sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) terpaksa dihenti tugas. Antara puncanya, pembuangan sisa proses kilang minyak masak, premis tidak menguruskan pelarut minyak enjin terpakai dengan baik, aktiviti pengilangan besi, kolam ikan keli haram dan terbaru,…










