Persekitaran Pasca COVID-19: Kepentingan Kerjasama Awam-Swasta - Utusan Malaysia

Persekitaran Pasca COVID-19: Kepentingan Kerjasama Awam-Swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
oleh K RAMAN

“LUAR biasa” ialah perkataan yang paling sesuai menggambarkan kebiasaan baharu kita.

Kita hidup dalam suasana luar biasa, sambil bekerja dan belajar dengan cara yang luar biasa. Tetapi satu lagi perkara yang luar biasa ialah transformasi digital pantas yang telah berlaku,
diterajui oleh kerjasama awam-swasta.

Gelombang transformasi melanda dengan pantas merentasi agensi-agensi kerajaan, dengan penyelesaian digital diguna pakai untuk menyediakan perkhidmatan kritikal dengan selamat,
sambil bertindak balas menangani krisis pada masa yang sama.

Dalam usaha kerajaan kita melakukan segala yang termampu dalam bidang kuasanya untuk melindungi rakyat Malaysia dan punca pendapatan mereka, kami di Microsoft bertekad untuk
memperkasakan negara ini dengan penyelesaian digital.

Kami telah menyediakan Microsoft Teams, iaitu hab komunikasi dan kerjasama kami, untuk manfaat seberapa ramai orang yang mungkin. Kami juga menawarkan alat produktiviti kami kepada perniagaan dan institusi pengajian di seluruh negara.

Kami berusaha mencari jalan untuk menyokong keperluan sedia ada dan baharu kerajaan, sambil terus berusaha mengukuhkan daya saing dan daya tahan perniagaan dan organisasi di
Malaysia. Usaha kami bukan sahaja bertujuan untuk menempuh cabaran yang timbul daripada pandemik semasa, tetapi juga menyediakan penyelesaian jangka panjang yang membawa
manfaat kepada negara secara keseluruhannya.

Mendigitalkan Sektor Kesihatan dengan AI dan IoT

Memandangkan kesihatan dan keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan yang dipertimbangkan semasa pandemik, kami telah bekerjasama dengan organisasi-organisasi
yang seperjuangan untuk mendigitalkan penyampaian perkhidmatan bidang penjagaan kesihatan.

Salah satu daripada usaha sama kami adalah dengan Kementerian Kesihatan Malaysiac(KKM) dalam penyelarasan operasi, pengurusan data dan komunikasi, dengan memanfaatkan kecerdasan
buatan dan pembelajaran mesin.

Menerusi usaha ini, KKM dapat mengumpul, menyusun dan menganalisis maklumat sehingga 600 pesakit secara serentak di Pusat Kuarantin dan Rawatan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). Ini membolehkan kakitangan perubatan mengakses semua maklumat pesakit, dari jauh dan pada bila-bila masa.

Antara muka yang disediakan cukup ringkas untuk pengguna akhir menyediakan laporan dan merangka paparan utama khusus masing-masing, lantas meringankan beban dan proses
pentadbiran.

Merintis Pembelajaran Jarak Jauh, Memperkasakan Aspirasi Pendidikan Malaysia

Kami amat berbangga dengan kemajuan yang dicapai oleh Malaysia, hasil kerjasama antara syarikat kami, Kementerian Pendidikan (KP) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Perkongsian dan kerjasama selama berdekad-dekad ini telah menghasilkan kemajuan luar biasa dalam sistem pendidikan Malaysia, dengan penekanan bukan sahaja untuk
memperkasakan pelajar, tetapi juga tenaga pengajar.

Sebagai sebahagian daripada usaha kami melengkapkan pendidik dengan kemahiran digital, kami berganding bahu dengan KP, KPT dan Admin Bilik Darjah Digital (DCA) untuk
mengadakan webinar setiap hari menggunakan Microsoft Teams dan Office 365.

Semua webinar latihan kini boleh dakses oleh lebih daripada 430,000 guru di seluruh negara pada bila-bila masa di mana-mana sahaja. Sebagai susulan kepada usaha ini, Microsoft, DCA dan KP
seterusnya bergabung tenaga dalam program baharu yang dinamakan e-Kelas, bagi mempersiapkan lebih 900,000 pelajar untuk peperiksaan awam seperti SPM dan STPM.

Hasil kerjasama jangka panjang kami dengan kerajaan serta industri, DELIMA, atau ‘Inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia’ telah dilancarkan.

DELIMA ialah pusat sehenti untuk 5.2 juta pendidik dan pelajar di seluruh negara mengakses alat produktiviti digital. Kami kagum melihat kesungguhan dan kegigihan beribu-ribu pendidik dan pelajar yang memanfaatkan sepenuhnya alat dan sumber digital sebagai sebahagian daripada pengalaman mereka.

Komitmen mereka mendorong kami di Microsoft untuk terus berusaha sedaya upaya kami menyokong sistem pendidikan negara dalam suasana mencabar ini.

Penyelesaian Digital Microsoft Memperkasakan Perniagaan dan Ekonomi

Selain daripada sektor kesihatan dan pendidikan, Microsoft juga memainkan peranan aktif  memperkasakan perniagaan dan ekonomi Malaysia. Baru-baru ini, kami membangunkan penyelesaian tersesuai untuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang dinamakan Penyelesaian Automasi MITI (MAS).

MAS menggunakan Microsoft Azure, Microsoft 365 dan Dynamics 365 untuk memproses dengan cekap sehingga 2,000 permohonan operasi perniagaan sehari. Dengan sistem baharu ini, MITI dapat menyelaraskan proses dengan berkesan dan membolehkan lebih banyak permohonan dikendalikan setiap hari, lantas mengukuhkan proses perniagaan di seluruh negara.

Satu lagi contoh yang sebanding ialah pembangunan paparan utama masa sebenar dinamik oleh Microsoft yang dirangka untuk memaparkan data yang penting dan tepat bagi Unit
Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), khususnya dalam tempoh PKP yang amat kritikal. Pelaksanaan teknologi ini telah membolehkan Kementerian berkenaan
membuat keputusan berpandukan data demi pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Microsoft Ganding Bahu dengan Agensi Kerajaan Untuk Pacu Kecemerlangan Malaysia

Tindak balas kita sebagai sebuah negara terhadap pandemik COVID-19 telah menyaksikan sektor awam dan swasta bekerjasama lebih rapat untuk memastikan rakyat Malaysia boleh
memanfaatkan transformasi digital yang berlaku, baik dari segi pembangunan kemahiran mahupun pertumbuhan perniagaan.

Satu contoh kerjasama sedemikian boleh dilihat di bawah Gerakan #DigitalVsCovid yang diterajui oleh MDEC, dengan kerjasama Microsoft.

#DigitalVsCovid ialah platform yang disediakan untuk perniagaan (terutamanya PKS) mencari sumber digital yang membolehkan mereka beralih kepada bekerja dari jauh semasa PKP,
termasuk akses percuma kepada Microsoft Teams untuk menampung kesan Covid-19.

Selain daripada MDEC, Microsoft juga menyokong FELCRA Berhad dengan menyediakan Percubaan O365 E1 untuk membantu menyelaraskan komunikasi maya. Selepas diterima pakai
sepenuhnya tahun ini, Microsoft Teams kini merupakan platform komunikasi utama FELCRA, membolehkan badan berkanun tersebut bekerjasama secara lebih cekap berhubung dengan
perkara-perkara penting berkaitan sektor luar bandar Malaysia.

Meninjau Transformasi Digital Malaysia

Sebagai sebuah negara, pencapaian kita dalam masa beberapa bulan lalu ini sebenarnya mengambil masa bertahun-tahun untuk dilaksanakan. Bak kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
kami baru-baru ini: “Kita telah menyaksikan transformasi digital selama dua tahun dilaksanakan dalam masa hanya dua bulan.”

Hakikatnya kita perlu terus berusaha agar tidak kehilangan momentum. Baru-baru ini sekumpulan anak muda Malaysia telah menganjurkan ‘Parlimen’ maya pertama dunia, menunjukkan potensi pada masa depan sambil teknologi digital terus diterapkan dalam kehidupan kita.

Saya benar-benar percaya bahawa menerusi kerjasama yang erat dengan kementerian dan agensi kerajaan, kita mampu merintis jalan yang serba baharu dan lebih cerah – yang bakal
membawa manfaat kepada seluruh negara, jauh selepas COVID-19.

Ternyata usaha membantu memulihkan dan membina ketahanan Malaysia amat penting – dan begitu juga usaha mempersiapkan rakyat Malaysia untuk menghadapi dunia pasca COVID yang nyata berbeza.

K Raman Pengarah Urusan, Microsoft Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya