Kerajaan Tok Abah tidak belajar isu GST? - Utusan Malaysia

Kerajaan Tok Abah tidak belajar isu GST?

Berdepan pandemik Covid-19 menyebabkan orang ramai mula beralih arah kepada pembelian dalam talian. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TERINGAT seketika tarikah 1 April 2015, iaitu hari pertama pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akhirnya berjaya menggulingkan sebuah kerajaan tertua di rantau ini.

Kini, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin kembali meletakkan negara pada situasi yang hampir sama dialami lima tahun lalu.

Beliau mengumumkan untuk mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 20 sen bagi pembelian dalam talian bawah RM1,000 dan 40 sen (lebih RM1,000) tanpa mengambil kira bebanan yang dipikul rakyat akibat wabak Covid-19.

Seolah-olah kerajaan berada di ruang asing apabila menimbulkan idea sedemikian. Mana tidaknya, ketika rakyat membuat persediaan untuk melanjutkan atau meninggalkan moratorium bermula 1 Oktober ini, tiba-tiba kerajaan pula memberi cadangan ingin menebuk poket rakyat.

Walaupun amalan GST pada hakikatnya terbaik, namun realitinya menyebabkan rakyat marah sehingga mampu meruntuhkan sebuah kuasa yang amat kukuh selama ini. Wahai kerajaan pimpinan Tok Abah (Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin), mungkin anda boleh fikirkan kembali cadangan berkenaan.

SARFARIZMAL MD. SAAD
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya