Jalan tidak diselenggara: Risau kanak-kanak ke sekolah - Utusan Malaysia

Jalan tidak diselenggara: Risau kanak-kanak ke sekolah

KeADAAN Jalan Suakasih berhadapan Pangsapuri Suakasih di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor yang rosak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK berpindah ke Bandar Tun Hussein Onn di Cheras, Selangor, kira-kira tiga tahun lalu, keadaan jalan di sekitar kawasan tersebut masih lagi tidak diselenggara dengan baik.
Hal ini menimbulkan kerisauan apabila saban hari pengguna jalan raya mempertaruhkan nyawa melalui jalan rosak dan berlubang terutama pada waktu malam.

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak jalan rosak di kawasan perumahan terbabit. Mungkin disebabkan pelbagai faktor seperti kenderaan berat, projek pembinaan atau kualiti turapan yang tidak berkualiti.

Peliknya, tidak adakah pemantauan daripada pihak berwajib secara berskala ataupun mereka hanya ‘membuat kerja’ jika terdapat aduan daripada orang awam?

Menyedari pembangunan pesat di kawasan tersebut, mungkin sewajarnya pihak berwajib kerap melakukan pemantauan kerana pengguna jalan raya bukan sahaja melibatkan kereta dan motosikal tetapi pelajar sekolah yang menunggang basikal.

Hal ini berkaitan keselamatan orang awam, justeru tinggi harapan saya sekiranya kerja-kerja pembaikan dapat dilaksanakan segera demi keselamatan pengguna jalan raya.

Haikal Razak
Bandar Tun Hussein Onn, Cheras

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya