Rakyat keliru SOP pelitup muka - Utusan Malaysia

Rakyat keliru SOP pelitup muka

Kalau sakit, tangguhkan perjalanan. Jangan pentingkan diri sendiri sebab ada banyak kes yang penyebaran virus bermula dengan ketidak prihatinan terhadap status diri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU pemakaian pelitup muka yang diwajibkan berkuat kuasa 1 Ogos lalu menimbulkan kekeliruan rakyat. Nampaknya garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) untuk pemakaian pelitup muka tidak dihuraikan dengan jelas dan jitu. Ramai masih keliru dengan frasa ‘tempat awam yang sesak’. Bagaimana hendak mentakrifkan frasa itu? Sesak yang macam mana? Kalau saya berada di tempat awam seperti restoran yang mempunyai lima orang sedangkan ia berkapasiti 30 orang, adakah ia ditakrifkan sebagai sesak?
Ada laporan mengatakan pelanggan tidak memakai topeng muka sambil menunggu makanan di restoran pun dikenakan kompaun. Ada pihak pula berpendapat, takrifan sesak itu tidak penting, pakai sahajalah.

Pada hemat saya, ia penting kerana kalau isu ini dibawa ke mahkamah, ia akan menjadi point of contention bagi kedua-dua pihak, pendakwa raya dan peguam bela. Kalau tiada takrifan yang jelas dan jitu, sudah tentu ia bakal menjadi masalah. Sehingga kini, apa yang saya dengar tentang kes kena kompaun agak menggerunkan. Puncanya? Tidak ada takrifan yang jelas dan tepat. Oleh itu, sudah tentu isu ini diibaratkan seperti rumah siap, pahat masih berbunyi.

KENNETH CHEW
Lunas

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya