Mana lagu patriotik? - Utusan Malaysia

Mana lagu patriotik?

LAGU Tanggal 31 Ogos nyanyian Allahyarham Sudirman perlu kerap diputarkan sepanjang Ogos setiap tahun. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BEBERAPA hari lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan Ke-63 dengan tema Malaysia Prihatin. Sebagai rakyat yang peka terhadap perjuangan kemerdekaan, agak kecewa apabila stesen-stesen radio kurang memutarkan lagu keramat, Tanggal 31 Ogos nyanyian Allahyarham Sudirman Arshad.

Timbul persoalan, mengapa setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, boleh pula stesen-stesen rdio terbabit memutarkan banyak lagu hari raya. Diharap pihak yang berkaitan iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia peka dengan isu ini agar semua saluran radio memutarkan lagu Tanggal 31 Ogos dengan kerap sepanjang Ogos ini. Apabila lagu sebegini banyak diputarkan, ia boleh membangkitkan semangat patriotik dan rakyat boleh merasai serta menghargai nikmat kemerdekaan yang dicapai.

Selamat Hari Kebangsaan!

RAKYAT MALAYSIA
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya