fbpx

24 September 2020, 4:51 pm

Kecewa rakyat abai penjarakan fizikal

TERDAPAT banyak kes orang ramai tidak lagi menjaga jarak fizikal sekurang-kurangnya satu meter. –GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEMAKIN hampir dengan tarikh akhir Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 31 Ogos ini, semakin ramai yang mengabaikan prosedur operasi stan­dard (SOP) mencegah penularan pandemik Covid-19. Berdasarkan pemerhatian saya, orang ramai tidak lagi mematuhi garis panduan ditetapkan ketika berada di tempat awam seperti memakai pelitup muka. Terdapat banyak kes orang ramai tidak lagi menjaga jarak fizikal sekurang-kurangnya satu meter. SOP lain yang tidak dipatuhi adalah kerap membersih tangan menggunakan sabun dan terdapat kes mereka yang batuk dan demam masih berkeliaran di tempat awam.

Selagi vaksin untuk mencegah pandemik Covid-19 belum ditemui, rakyat sepatutnya memberi keutamaan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan sebaik mungkin. Ini kerana dengan mematuhi SOP itu sahajalah, kita dapat memastikan virus Covid-19 tidak kembali mengganas. Janganlah kita mengulangi kesilapan rakyat China dan New Zealand yang bertindak tidak mematuhi SOP setelah kawalan dilonggarkan sehingga menyebabkan pandemik itu kembali merebak.

Saya juga berharap anggota penguat kuasa terus melaksanakan operasi pemantauan dan pemeriksaan supaya peniaga dan orang ramai mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Mereka yang masih berdegil perlu dikenakan tindakan tegas termasuk kompaun maksimum supaya menjadi pengajaran kepada orang lain. Bagaimanapun, berdasar pemerhatian saya, orang ramai akan kembali mematuhi SOP apabila ditegur oleh anggota penguat kuasa tanpa sebarang bantahan. Sepatutnya kita perlu mempunyai kesedaran sendiri untuk menjaga kesihatan dan bukannya mematuhi SOP hanya setelah ditegur.

GURU DISIPLIN
Shah Alam, Selangor

POPULAR

BERITA BERKAITAN