Vandalisme punca lif rosak - Utusan Malaysia

Vandalisme punca lif rosak

Gambar Hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KAMI merujuk aduan oleh pembaca Utusan Malaysia, Diah dari Kuala Lumpur bertarikh 22 Julai 2020 bertajuk Minta DBKL ganti lif usang dan kami ingin memaklumkan mengenainya.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil maklum terhadap kekerapan tinggi aduan kerosakan lif di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus dan PPR Desa Petaling secara keseluruhannya.

PPR Sungai Bonus dan PPR Desa Petaling mempunyai enam unit lif melibatkan dua blok di mana setiap blok mempunyai tiga unit lif. Berikut adalah sejarah kerja penggantian sebahagian peralatan lif di kawasan yang terlibat:

a) PPR Sungai Bonus pada 2016: Penggantian sebahagian peralatan lif (Hall call button, landing door)
b) PPR Desa Petaling pada 2018: Penggantian sebahagian peralatan lif (Landing door, platform, door sill, car sill, shaft pulley, wire rope).
DBKL telah mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada kerosakan lif di kawasan tersebut dan dikategorikan kepada dua faktor utama dan perinciannya adalah berikut:

a) Teknikal:
1. Pengguna menahan pintu lif terlalu lama.
2. Bermain di dalam lif sehingga menyebabkan gegaran.
3. Lebih muatan had dibenarkan. Contohnya membawa masuk motosikal ke dalam lif).

b) Vandalisme:
1) Kesan air kepada peralatan lif. Contohnya, kencing dalam lif menyebabkan peralatan berkarat dan reput.
2) Merosakkan butang panggilan mengakibatkan gangguan operasi sistem pintu dan litar pintas.
3) Menendang pintu lif.
4) Menghisap rokok di dalam lif yang boleh menyebabkan berlaku kebakaran terhadap peralatan di dalamnya.
5) Membuang sampah di dalam lif. Air sampah menyebabkan lif rosak dan cepat berkarat.

Merujuk perkara di atas, DBKL mendapati banyak peralatan lif rosak akibat vandalisme. Namun begitu, melalui Bajet Pembangunan DBKL bagi tahun 2020, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah meluluskan peruntukan bagi Kerja Penggantian Baharu Enam Unit Lif di PPR Sungai Bonus dan PPR Desa Petaling. Tender bagi kerja-kerja ini telah diiklankan pada 16 Jun 2020. Pelaksanaan dijangka bermula akhir tahun ini yang akan mengambil masa kira-kira dua tahun.

DBKL memohon kerjasama penduduk atau penghuni untuk sama-sama menjaga harta awam agar jangka hayat kemudahan berkenaan dapat bertahan lebih lama. Pada masa sama, DBKL akan terus memberi perkhidmatan yang sebaiknya demi keselesaan warga kota khususnya di Perumahan Awam (PA) dan PPR.

KHAIRUL AZMIR BIN AHMAD
Pengarah Jabatan Perancangan
Korporat DBKL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.