Rayu MBIP bina bonggol - Utusan Malaysia

Rayu MBIP bina bonggol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA memohon Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) membina bonggol di Jalan Indah 23/1, Taman Bukit Indah 2, Johor Bahru, Johor berikutan kes kemalangan sering berlaku di laluan berkenaan. Banyak kenderaan suka memecut laju di situ. Lokasi sering kemalangan ada di simpang tiga jkalan tersebut.

Selain itu, MBIP juga diminta menurap laluan sama kerana permukaannya tidak rata dan berlubang-lubang yang boleh mengundang bahaya dan kerosakan kepada kenderaan. Kalau ada pun tindakan oleh pihak kontraktor, mereka didapati hanya mengecat semula garisan putih tanpa membuat penurapan semula.

Buatlah penyelenggaraan sebagaimana di kawasan-kawasan elit lain seperti Nusa Idaman, Taman Bukit Indah dan Horizon Hill yang mana keadaan jalan raya di situ amat baik dengan turapan baharu. Diharap pihak MBIP mengambil tindakan sewajarnya.

PENDUDUK
Bukit Indah 2 JB

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya