Pantau Jalan Batu Pahat- Kluang - Utusan Malaysia

Pantau Jalan Batu Pahat- Kluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Jalan utama Batu Pahat-Kluang sepanjang 57 kilometer adalah antara laluan paling sibuk di negara ini terutama dari Batu Pahat ke Ayer Hitam. Jalan empat lorong padat dengan perumahan, kedai dan kilang di sepanjang jalan.

Didapati ramai pengguna memandu dengan laju di laluan berkenaan terutama dari Parit Raja ke Ayer Hitam dan Ayer Hitam ke Taman Intan. Kadar kemalangan pula agak tinggi di kedua-dua arah.

Saya pernah menyaksikan beberapa kemalangan maut di jalan berkenaan. Memang terdapat banyak simpang di kiri kanan jalan dan ada pemandu tidak sempat untuk membrek lalu terjadi kemalangan. Pejalan kaki juga kadang-kala sukar melintas di jalan berkenaan.

Saya menyeru pihak berkuasa tempatan (PBT), polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) agar mengadakan lebih banyak pemantauan dan operasi had laju. Kehadiran pihak berkuasa secara fizikal lebih memberi kesan.

MUSTAFFA SIRAJ
Batu Pahat

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya