Russell ramal Antonelli halangan buru kejuaraan F1

Russell ramal Antonelli halangan buru kejuaraan F1

George Russel (kiri) bersama Kimi Antonelli yang menjuarai Grand Prix China di Shanghai minggu lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pelumba Mercedes, George Russell kekal fokus terhadap prestasi semasa menjelang Grand Prix Miami sambil berharap persaingan kejuaraan dunia dapat terus melibatkan dirinya dan rakan sepasukan, Kimi Antonelli.

Pemandu Britain itu kini di kedudukan kedua keseluruhan selepas tiga perlumbaan pembukaan musim, di belakang Antonelli yang mencatat dua kemenangan berturut-turut di China dan Jepun.

Russell yang muncul juara di Australia sebelum ini berkata, tempoh rehat pada April dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperbaiki kelemahan pasukan menjelang pusingan keempat di Miami, 3 Mei ini.

“Saya berasa lebih baik daripada segi fizikal dan mental. Memang ada keletihan selepas tiga perlumbaan awal, tetapi semua pelumba melalui situasi sama dan kini kami kembali segar.

“Saya gunakan masa ini untuk bekerja rapat dengan pasukan, termasuk menjalani sesi simulator bagi mengenal pasti isu yang tidak dijangka sebelum ini,” katanya.

Menurut Russell, prestasi jentera Mercedes ketika ini berada pada tahap memberangsangkan, sekali gus meningkatkan keyakinannya untuk terus bersaing di kelompok hadapan.

Dalam masa sama, dia tidak menolak kemungkinan perebutan gelaran dunia musim ini hanya melibatkan dirinya dan Antonelli, namun mengingatkan bahawa saingan masih panjang dan boleh berubah.

“Mercedes sentiasa memberi peluang sama rata kepada kedua-dua pemandu, seperti yang berlaku pada era Lewis Hamilton dan Nico Rosberg.

“Sudah tentu saya harap kami berdua sahaja bersaing, tetapi terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Dalam F1, keadaan boleh berubah dengan cepat,” katanya. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN