MALAYSIA sedang berlari dalam arus pembangunan pesat teknologi moden seperti perubatan canggih, pertanian pintar, robotik dan kecerdasan buatan (AI) demi kesejahteraan manusia. Namun, di sebalik kegilaan mengejar inovasi, kita sering lupa akar tunjangnya iaitu sains asas, biologi, fizik, kimia dan matematik. Tanpa akar ini, pohon teknologi akan tumbang. Lebih parah, boleh menimbulkan konflik yang merosakkan masyarakat dan alam sekitar. Kita pernah percaya racun kimia adalah penyelamat sawah padi. Hakikatnya, ia…










