PETALING JAYA: Perdebatan mengenai kualiti pemain tempatan kembali hangat apabila label ‘jaguh kampung’ terus dilemparkan terhadap barisan Harimau Malaya, khususnya apabila prestasi pasukan dilihat masih bergantung kepada pemain warisan dan naturalisasi. Pemerhati bola sepak tempatan, Prof. Madya Dr. Zulakbal Abd. Karim berkata, pengenalan projek naturalisasi dan pemain warisan berpunca daripada kegagalan konsisten skuad yang digerakkan sepenuhnya oleh pemain tempatan pada masa lalu. “Fakta menunjukkan, kita pernah dimalukan Emiriah Arab Bersatu(UAE)…










