PETALING JAYA: Bahang pertemuan antara Malaysia dan Vietnam semakin memuncak apabila perang psikologi mula dilancarkan menjelang perlawanan kedua-dua pasukan itu dalam aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2027, esok. Perang saraf itu bermula apabila pengendali Vietnam, Kim Sang-sik mula mendedahkan bahawa pasukannya berdepan masalah kecergasan dalam kalangan pemain utama skuad Naga Emas itu. Penyerang utama Vietnam, Ngyuen Xuan Son dilaporkan belum mencapai tahap kecergasan sepenuhnya manakala jurulatih dari Korea Selatan itu…










