LONDON: Pengurus England, Thomas Tuchel melakukan rombakan pasukannya apabila menyingkirkan lapan pemain menjelang aksi persahabatan menentang Jepun, esok. Ia susulan aksi hambar England ketika seri menentang Uruguay, sekali gus menyaksikan Tuchel semakin hampir memuktamadkan senarai pemain bagi menghadapi Piala Dunia. Sebelum ini, Tuchel memanggil seramai 35 pemain sebagai persediaan terakhir untuk menilai prestasi, namun jumlah itu dikurangkan kepada 27 pemain bagi menghadapi perlawanan seterusnya. Tiga pemain Arsenal, Bukayo Saka, Declan…










