PETALING JAYA: Skuad sepak takraw negara diingatkan agar tidak terlalu selesa apabila Thailand dijangka tampil dengan wajah baharu dan semangat kebangkitan menjelang Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di Stadium Titiwangsa bermula 12 hingga 24 Mei ini. Presiden Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan menegaskan, musuh tradisi itu pasti melakukan perubahan susulan prestasi hambar pada Sukan SEA 2025. Menurutnya, perkembangan terkini dalam pentadbiran Persatuan Sepak Takraw Thailand (TAT) juga memberi…











