PERGELUTAN dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin terbuka. Apa yang sebelum ini mungkin hanya berlegar dalam mesyuarat tertutup atau perbualan dalaman, kini dilontarkan secara terbuka kepada umum. Situasi ini seolah-olah membuka pekung di dada apabila pelbagai kelemahan, ketidakpuasan hati dan keretakan dalam parti didedahkan tanpa berselindung. Kenyataan beberapa pemimpin yang secara terang-terangan mempersoalkan kepimpinan parti bukan sahaja menggambarkan wujudnya krisis kepercayaan, malah memperlihatkan perpecahan yang semakin sukar disatukan. Lebih…










