MADRID: Hatrik menakjubkan Federico Valverde pada babak pertama membantu Real Madrid menewaskan Manchester City 3-0 pada aksi pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara, semalam. Valverde mengakui sangat puas dan akui sudah lama tidak merasakan perlawanan sebegini namun paling penting adalah kemenangan buat Real. “Ini luar biasa, anda sentiasa mengimpikan malam seperti ini. Sudah lama saya tidak begitu menikmati perlawanan seperti ini. Saya sangat gembira tetapi paling penting pasukan menang. “Perlawanan…










