PETALING JAYA: Langkah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membawa skuad Harimau Malaya menjalani kem latihan di Thailand menjelang aksi menentang Vietnam dibuat secara terancang dan bukannya keputusan saat akhir. Pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamovski berkata, perancangan tersebut sudah disusun lebih awal sebagai sebahagian daripada pelan persiapan menghadapi perlawanan penting itu. Menurutnya, pemilihan Bangkok bukan sekadar pilihan lokasi, sebaliknya hasil penelitian mendalam terhadap keperluan teknikal pasukan. “Keputusan ini bukan dibuat secara…











