ISTANBUL: Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui suasana di Stadium RAMS Park bakal menjadi cabaran buat pasukannya dalam pertemuan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah menentang Galatasaray, awal pagi esok. Skuad The Reds dijadual berkunjung ke Istanbul bagi menghadapi juara liga Turkiye itu dalam aksi pertama yang dianggap penting sebelum perlawanan timbal balik di Anfield pada 19 Mac nanti. Slot berkata, setiap pasukan yang mara ke kelompok 16 terbaik mempunyai kualiti…










