PETALING JAYA: Konsisten menjejak pentas akhir namun tuah masih belum menyebelahi, itulah gambaran paling tepat terhadap perjalanan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang sekali lagi terlepas gelaran Kejohanan Badminton All England selepas tewas di aksi final, semalam. Kekalahan kepada pasangan No.1 dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae 18-21, 21-12, 21-19 di Utilita Arena Birmingham menyaksikan Aaron-Wooi Yik terpaksa berpuas hati sebagai naib juara buat…










