PETALING JAYA: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski mempertahankan keputusannya memanggil Junior Edstal bagi menggalas cabaran menghadapi Vietnam dalam aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2027 pada 31 Mac ini. Cklamovski menyenaraikan pertahanan berpengalaman itu walaupun Junior masih belum membuat penampilan dalam kempen Liga Super bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim ini. Pengendali dari Australia itu berkata, pengalaman serta ciri-ciri kepimpinan yang dimiliki Junior menjadikannya pemain berharga dan tidak semua…











