Azizulhasni wakill tunggal keirin Piala Dunia

Azizulhasni wakill tunggal keirin Piala Dunia

Azizulhasni Awang menjadi harapan negara pada pada Pusingan Akhir Piala Dunia Trek di Velodrom Nasional Nilai, Negeri Sembilan pada 24 April ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menjadi wakil tunggal negara dalam acara keirin lelaki pada saingan Piala Dunia Trek hari ini selepas skuad kebangsaan mengambil pendekatan berhati-hati terhadap penyertaan kejohanan itu.

Menurut Harnizam, keputusan itu dibuat selepas beliau berbincang dengan pengarah teknikal berbasikal trek negara, John Beasley yang menjangkakan kehadiran penuh kuasa besar dunia.

Jelasnya, jangkaan tersebut menyebabkan Malaysia tidak menamakan beberapa pelumba lain termasuk Muhammad Ridwan Sahrom dalam acara keirin lelaki.

“Perancangan awal memang kita jangka ramai pelumba hebat turun, jadi kita duduk bincang dengan John dan fikir kalau datang sini mungkin sekadar layak pusingan pertama sahaja.

“Jadi kita buat keputusan lebih baik gunakan tempoh kira-kira 10 hari ini untuk latihan sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Berbasikal Asia (ACC),” kata Harnizam kepada Utusan Malaysia.

Selain itu katanya, skuad negara juga tidak merancang untuk menurunkan pasukan dalam acara pecut berpasukan lelaki dan wanita kerana bimbang hanya sekadar mampu melepasi pusingan kelayakan.

Bagaimanapun situasi kejohanan berubah apabila banyak pasukan utama dunia menarik diri pada saat akhir susulan ketegangan geopolitik serta konflik di Asia Barat yang menjejaskan perjalanan ke venue perlumbaan.

Perkembangan tersebut turut menyaksikan beberapa jaguh dunia tidak muncul termasuk raja pecut Belanda, Harrie Lavreysen yang sebelum ini dijangka merancakkan persaingan.

“Memang kita jangka ramai ‘giant’ akan turun, sebab itu kita buat perancangan awal macam itu.

“Tapi bila sampai sini ramai pula tak datang, mungkin sebab isu perang dan perjalanan jauh, jadi senarai penyertaan jadi kecil,” katanya.

Selain itu, keirin wanita menyaksikan hanya dua wakil negara akan berentap menerusi Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Nur Alyssa Farid yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×