LONDON: Arsenal mungkin beraksi tanpa sembilan pemain utama menentang Bayer Leverkusen dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara di Jerman. Beberapa pemain skuad utama dilaporkan mengalami kecederaan, sekali gus menimbulkan kebimbangan buat pengurus, Mikel Arteta menjelang perlawanan penting itu. Dalam aksi pusingan keempat FA Cup menentang Mansfield Town sebelum ini, Arteta melakukan sembilan pertukaran dalam kesebelasan utama akibat kecederaan. Namun, dua pemainnya iaitu Leandro Trossard dan Riccardo Calafiori terpaksa dikeluarkan…










