KONFLIK di Asia Barat yang memuncak sejak 28 Februari lalu menjadi antara krisis geopolitik paling serius dalam dekad ini. Ketegangan tercetus apabila serangan udara bersama Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyasarkan kemudahan strategik Iran, termasuk loji nuklear serta infrastruktur ketenteraan utama. Iran kemudiannya melancarkan serangan balas dengan peluru berpandu ke arah Israel dan beberapa pangkalan sekutu di rantau Teluk, sekali gus menjejaskan laluan perdagangan di Selat Hormuz. Situasi ini menyebabkan…










