SYARAT pendidikan wajib mata pelajaran bahasa Melayu dan Sejarah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dikenakan kepada pelajar Malaysia di institusi pendidikan swasta dalam negara, adalah langkah paling tepat. Ini kerana kepentingannya untuk proses pembentukan bangsa, selain sebagai mata pelajaran akademik utama. Dengan syarat wajib ini, ia bukan sahaja perlu menggunakan kurikulum kebangsaan tetapi menjadi subjek wajib lulus. Dalam hal ini, penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta pemahaman yang baik…










