PETALING JAYA: Ramai mungkin terlepas pandang hakikat bahawa beregu paling konsisten sepanjang musim lalu sebenarnya bukan juara dunia 2025, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, sebaliknya beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah. Hakikat itu disokong statistik apabila musim 2025 menyaksikan gandingan No.2 dunia berkenaan mara ke pentas akhir sebanyak lapan kali, sekali gus membuktikan kestabilan prestasi mereka di peringkat tertinggi, dengan empat gelaran berjaya dibawa pulang. Namun, di sebalik konsistensi itu,…










