NEON, Switzerland: Real Madrid bakal berdepan ujian getir apabila sekali lagi diundi menentang Benfica dalam pusingan playoff kalah mati Liga Juara-Juara Eropah, selepas tewas kepada kelab Portugal itu dalam perlawanan terakhir fasa liga, Rabu lalu. Undian yang berlangsung kelmarin menyaksikan pasukan yang menghuni kedudukan kesembilan hingga ke-24 fasa liga dipertemukan dalam aksi dua perlawanan timbal balik yang dijadualkan antara 17 hingga 25 Februari depan. Pemenang akan melengkapkan senarai 16 pasukan…










