KUALA LUMPUR: Olahraga Malaysia (MA) memerlukan 20 jurulatih berkualiti bagi memperkukuh program pembangunan atlet negara yang kini berada di bawah Program Podium dan Pelapis, sejajar dengan sasaran melahirkan atlet bertaraf dunia secara berterusan. Presiden MA, Datuk Karim Ibrahim berkata, ketika ini seramai 21 atlet berada di bawah Program Podium dan penempatan jurulatih baharu itu akan dibuatkan berdasarkan disiplin acara yang ingin diberi tumpuan pada Sukan Asia Aichi-Nagoya dan Sukan Komanwel…










