KUALA LUMPUR: Misi mengembalikan maruah perseorangan lelaki negara kini bermula dengan kehadiran jurulatih baharu, Harry Hartono yang tampil bersama reputasi besar dan harapan tinggi di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara. Harry bukan calang-calang jurulatih apabila namanya pernah terpahat dalam kejayaan melatih jaguh Indonesia, Anthony Ginting dan Jonatan Christie, selain menjadi antara individu terawal yang mencungkil potensi juara dunia 2022, Chou Tien-chen, ketika berkhidmat bersama pasukan sekolah tinggi di Taiwan.…










