PADA 22 Januari lalu, saya mendapat berita daripada rakan penulis, M. Mahendran yang memaklumkan pakar bahasa Melayu, Dr. Nathesan Sellappan meninggal dunia sehari sebelum itu di Muar, Johor. Kali terakhir saya berkomunikasi dengan mendiang ialah pada Jun 2024 apabila beliau menghubungi untuk memaklumkan ada rencananya di majalah Pelita Bahasa dan Dewan Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Saya sempat mewawancara dan memasukkan maklumat diri penulis ini dalam buku Kavya…










