ASIA Barat kini berada dalam fasa paling bahaya sejak beberapa dekad lalu apabila Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, Israel, berhadapan secara langsung dengan Iran pada tahap kesiapsiagaan tinggi. Pergerakan armada AS ke rantau itu, penggantungan penerbangan antarabangsa ke beberapa destinasi Asia Barat serta retorik keras dari Washington dan Tehran mencetuskan jangkaan yang perang terbuka boleh tercetus pada bila-bila masa. Namun buat masa ini, tempo eskalasi tersebut kelihatan mereda. Perlu ditegaskan…










