PETALING JAYA: Kejayaan meraih dua gol awal pada 20 minit pertama membolehkan Kuala Lumpur (KL) City lebih tenang mengawal tempo permainan ketika membelasah DPMM FC 4-0 dalam aksi Liga Super Malaysia di laman sendiri, kelmarin. Dua jaringan awal itu nyata mematahkan semangat pelawat dan memberi ruang buat KL City mengawal rentak permainan dengan lebih tersusun serta berdisiplin sehingga wisel penamat. Pengendalinya, Risto Vidakovic mengakui gol awal menjadi titik perubahan yang…










