LIVERPOOL: Bernardo Silva menegaskan hanya kemenangan mampu menyelamatkan impian Manchester City untuk terus menekan Arsenal dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Liverpool 2-1 di Anfield, semalam. City terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan Dominik Szoboszlai pada minit ke-74, namun semangat juang tinggi skuad kendalian Pep Guardiola terserlah apabila Silva muncul penyelamat menyamakan kedudukan pada minit ke-84 untuk menghidupkan harapan pelawat. Erling Haaland meledak gol kemenangan City pada minit ketiga…










