MANCHESTER: Pep Guardiola menarik nafas lega apabila Manchester City akhirnya berpeluang menikmati dua pertengahan minggu tanpa aksi, sesuatu yang dianggap cukup penting dalam usaha menyegarkan semula skuadnya yang keletihan memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL). Kemenangan 3-0 ke atas Fulham, semalam, menyuntik semula keyakinan The Citizens apabila mereka dipisahkan tiga mata dengan pendahulu, Arsenal. City tidak menunggu lama untuk ‘membunuh’ perlawanan apabila Antoine Semenyo, Nico O’Reilly dan Erling Haaland meledak…










