PENYAKIT tibi atau dalam bahasa saintifik dikenali sebagai tuberkolisis bukan penyakit baharu di negara kita. Walaupun pada masa kini penyakit berjangkit ini sedang mengalami peningkatan, namun ia mula tersebar luas sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Tidak dinafikan terdapat banyak penulisan akademik dihasilkan dalam bidang Sejarah Kesihatan Awam yang menjurus perbincangan ke atas penyakit berjangkit. Walau bagaimanapun, disebabkan kajian sejarah ini kurang dimasyarakatkan menyebabkan orang awam sukar mendapat akses untuk…










