MALAYSIA ialah sebuah negara majmuk yang kaya dengan budaya, adat resam dan tradisi. Kepelbagaian kaum dan agama diraikan melalui pelbagai perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Krismas, Gawai, Kaamatan dan lain-lain sambutan keagamaan serta kebudayaan. Setiap perayaan bukan sahaja menjadi wadah memperkukuh keharmonian sosial, malah turut diserikan dengan amalan bertukar hadiah sebagai tanda penghargaan, simbol persahabatan dan lambang keikhlasan. Namun, di sebalik kemeriahan ini, wujud…










