PETALING JAYA: Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli terpaksa berdepan cuaca buruk sepanjang sesi ujian rasmi musim sejuk pertamanya pada Kejuaraan Motosikal Dunia di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, Portugal, kelmarin. Bernaung di bawah pasukan Sepanyol, MSI Racing Team, anak muda berasal dari Terengganu itu, bagaimanapun, masih mampu berada di kedudukan ke-11 dengan catatan masa sepusingan 2 minit 03.463 saat (s). Hakim Danish yang memang kurang menggemari beraksi di atas litar…










