Mukadimah Nama Nazmizan Mohamad tidak perlu diperkenalkan kepada peminat olahraga tanah air. Bekas raja pecut Asia Tenggara itu menyaksikan sendiri zaman gemilang, jatuh bangun sistem dan realiti sebenar pembangunan atlet negara. Dalam temu bual bersama wartawan Mingguan Malaysia, Nazmizan mengupas secara jujur isu prestasi olahraga Malaysia, daripada akar umbi hingga ke pentas Sukan SEA dan masa depan sukan yang pernah menjadi kebanggaan negara. MINGGUAN: Ramai beranggapan prestasi olahraga Malaysia merosot…










