MANCHESTER: Michael Carrick tidak mahu terburu-buru untuk menerima kontrak jangka panjang sebagai pengurus tetap Manchester United. Bekas perancang tengah United itu percaya penilaian terhadap peranannya sebagai pengurus sementara wajar dibuat pada penghujung musim. Carrick melakar kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut sejak dilantik, sekali gus melonjak United ke kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris. Pengendali berusia 44 tahun itu hanya diberi tugasan sehingga akhir musim, namun kebangkitan The Red Devils menyebabkan…










